About Us

My photo
6teen. mostly eccentric. we spend most of our time on sleeping. gossiping is our profession. we never fail in making people laugh. even the teachers love us. HAHA. each and every activities of ourselves will be post in this little winkie blog. thanks for reading. and do comment on us if you really know how to use the keyboard. till then~~

Thursday, February 18, 2010

PERPISAHAN TERASING

Seorang demi seorang meninggalkan kumpulan ini demi mengejar kejayaan. Pemergian itu amat pedih bagi kami yang telah lama berkawan. Seperti Nad yang telah pergi ke MRSM Pengkalan Chepa di hujung Kelantan tu, amat terasa walaupun dia seorang yang pendiam. Siapa lagi yang akan menyelesaikan soalan add. maths atau matematik selain nad. Siapa lagi yang tahu tentang cerita korea selain Awa. Untuk pengetahuan semua, Awa juga akan meninggalkan kami pada bulan Jun. Kenapa kau tak tunggu sampai habis form 4. Awa janganlah pergi. Nanti si  D***** rindu tau.[hehehehe]. Ala Awa Trolak dengan Teluk Intan tak jauh la. Bila Awa pergi, tinggal ain, ezny, fara dan aku[dura]. Lepas itu, bila Fara dapat MRSM atau SBP tinggallah kami bertiga. Itulah kehidupankan. Macam Shal cakap setiap pertemuan mesti ada perpisahan. Tapi, kepada semua yang pergi[nad,amal,faz,dna, dan shal yang berada di nilai dan juga awa yang akan berpindah] jangan lupakan "friendship" kita yang telah lama terjalin.

WALAUPUN LUKISAN INI TAK BERAPA JELAS,INGATLAH DI DALAM HATI MASING-MASING.WALAUPUN KITA SUDAH TERPISAH JAUH DARI TELUK INTAN NI, INGATLAH FRIENDSHIP NI SAMPAI BILA-BILA!

Thursday, January 28, 2010

pabila engkau tiada

pabila kau tiada
hari-hari yang kami lalui tidak seperti dahulu
ada kekurangannya
ada kekosongannya

pabila eangkau tiada
nama engkau disebut-sebut
tapi engkau tiada di situ
engkau berada di sana

tapi apa yang kami boleh buat
kami terpaksa merelakannya
kejayaan anda munkin berada di sana
tiada siapa pun tahu

NAMUN JANGAN LUPAKAN KAMI DISINI
LOLICHOCQUE TETAP DIINGATI WALAUPUN AHLI-AHLINYA TELAH BERPISAH
INI UNTUK MENDUGA BETAPA TEBALNYA PERSAHABATAN KITA!!

UNTUK FAZ,AMAL,DINA GUDLUCK!!JAIYOO

Sunday, January 24, 2010

Selamat tinggal sayang

Farah, Azwa, Amal, Nad, Aien, Ezzny, Dura, Shal, Dina, bye byeeee~~ :)

Jangan sedih sedih dah okay?
Tak nak tengok korang nangis dah.
Cukup semalam tu.
Dah cukup buat aku berat hati.
Dalam kereta pun tak habis nangis kau tahu?

Jaga diri baik baik.
Aku sayang korang.
Nanti bila kita semua balik, lepak ehh?
Yang tak ada orang nak cerita masalah tu,
bila aku balik, cerita banyak banyak kat aku.
Takpe.
Yang tak ada orang nak buli,
bila aku balik bulilah aku.
Takpe jugak.

Jaga bilik Boss baik baik.
Tolong Cik Nora.
Jaga Aien.
Jaga Amal
Jaga Nad
Jaga Ezzny
Jaga Azwa
Jaga Farah
Jaga Dina
Jaga Dura

Aku pergi dulu.
Doakan aku.
Insyaallah bila aku free, aku call sesiapa.
Belajar rajin rajin.
Tau?

Blog ni nanti,
sesiapa updatelah.
So, aku tahulah apa korang buat masa aku takde.
Dura ke. Sesiapa lah.
Aku tak dapat rasanya.

Bye byeeee~~
I love youuuu.
<33

Shal, letak gambar kita hari tu kat sini.
Aku tak sempat dah.
Thanks. :)

Wednesday, January 13, 2010

Sinar Convent 2009




KENANGAN TERINDAH

    Aku, Shal, Ain, Amal, Nad, Fara, Ezzny, Dura, Dina, dan Awa. Sepuluh semuanya. Persahabatan kami sudah lama tercipta. Hampir 8 tahun. Tetapi, suatu cerita telah tercipta penghujung tahun lalu menjadikan kami tinggal bersepuluh sahaja. Cerita yang telah  meninggalkan kesan yang agak mendalam kepada kami dan telah berjaya menitiskan air mata kami.


    “ Weh korang. Tadi ustazah cakap kat aku, besok semua kena jaga bilik BOSS. Mana tau ada lagi orang nak pulangkan buku. Bayar hutang ke. Lepas tu, ustazah suruh kemas-kemas bilik BOSS. Susun buku, vakum karpet, cek fail, cek borang hutang semua tu lah,” terang Ezzny sebaik sahaja masuk ke dalam bilik BOSS. Serentak kami mengangguk. Walaupun kami tidak mendengar dengan teliti, masing-masing sudah masak dengan tugas kami sebagai AJK Kelab SPBT sekolah.

    “ Haa weh. Besok nak makan apa ah? Boringla makan kat kantin tu. Besok kan last day. Jomla kita buat anjakan paradigma sikit. Hehehe,” tanya Ain sambil membuat lawaknya yang kurang kelakar itu.

    Masing-masing mengeluarkan pendapat. Amal dan Nad dengan nasi beriani Gulam Rasul mereka, Ezzny dengan maggie cup nya, Fara dengan roti canainya, Dura dan Awa dengan KFC  mereka. Malangnya, semuanya tidak menemui kata sepakat. Dina dan Eana hanya senyap. Shal pula hanya menjadi pak turut. Aku dan Ain terus membuat muka bijaksana dan  mengeluarkan idea yang agak bernas. “ Aku tau! Aku tau! Apa kata, kita bawak bekal dari rumah? Bawak nasi putih, lepas tu lauk. Kan best. Boleh share-share lauk. Amacam? Bijak tak? Hahaha,” aku dan Ain membuat muka tanda begitu bangga dengan idea kami yang sangat bijak itu.

    “ Okey! Cantik!,” Shal akhirnya bersuara. Aku dan Ain hanya mampu tersengih-sengih malu. Maklumlah, kami memang rendah diri orangnya selain pemalu dan sopan-santun.


    Dalam lingkungan pukul 12.15 hingga 12.30 tengah hari, satu-satu ahli Lolichocque Crew masuk ke bilik BOSS. Semua mempamerkan riak muka yang berseri-seri. Entah apa yang dibahagiakan di hari terakhir itu, cuma kami yang tahu. Semua membimbit beg plastik yang berisi tupperware dan mangkuk tingkat. Lauk di dalamnya menjadi rahsia sehingga tiba waktu rehat.

    Kami sangat sibuk hari itu. Hari itulah hari untuk mengedarkan buku teks kepada pelajar Tingkatan 2 2009. Bilik BOSS berselerak dengan buku teks, fail-fail kelas, beg kami, bekalan kami, dan macam-macam lagi. Hari itu juga kami terpaksa memburu sesiapa sahaja murid sesi petang yang belum membayar hutang. Penat sungguh!

    Tiba waktu rehat, bilik BOSS ditutup bagi membolehkan kami berehat tanpa diganggu. Pintu bilik BOSS juga telah ditampal notis “ SILA DATANG SELEPAS WAKTU REHAT”. Dengan kebenaran ustazah, kami makan di dalam bilik tersebut. Bekalan kami mula terbau. Aroma gulai masak lemak, gulai kari, sotong masak kicap, ikan masak merah, ayam goreng, sup sayur, dan macam-macam lagi berjaya membuat kami tidak sabar menjamah lauk-pauk tersebut. Bagi memeriahkan suasana, Shal membancuh air sirap di dalam jag yang dibawanya dari rumah.

    Kami makan dengan begitu berselera. Tak disangka-sangka, Awa membawa sebekas kecil sambal belacan bagi menambahkan selera. Sedap tak terkata. Licin habis lauk-lauk tersebut. Terpancar cahaya kekenyangan daripada raut wajah kami. Semua tersenyum lebar. Setelah selesai mengemas lokasi makan kami, bilik BOSS kembali beroperasi. Berpusu-pusu murid Tingkatan 2 2009 datang untuk mengecop buku-buku teks mereka. Ada juga yang cuba-cuna menukar buku teks tetapi dimarahi oleh Dina. Aksinya yang memegang sebatang bulu ayam dan menjerit-jerit memarahi sesiapa sahaja yang cuba-cuba mendekati rak-rak buku berjaya menggerunkan mereka.

    Tugas kami berjalan lancar. Walaupun penat, kami tetap mampu bergelak ria dengan lawak masing-masing. Kami turut ditegur Mrs.Ho supaya memperlahankan nada suara kerana terlalu bising. Namun begitu, kami tetap membuat bising kerana memang itulah yang menjadi tradisi. Gelak tawa yang hampir boleh meretakkan bangunan sekolah, bergosip mengutuk orang menambah dosa, tidur  di sebalik rak buku, segalanya sangat seronok.

    Tanpa disangka, sekali lagi,
    “ Girls, why are you making so much noise? That girl lying behind the book shelf, why are you sleeping? Are you doing work or making noise?,” Mrs.Ho muncul entah dari mana menyergah kami yang sedang bergelak tawa.

    “ Sorry, Mrs.Ho. We found a rat just now. That’s why there’s so much noise right now. Sorry,” Dina menjawab lancar. Mrs.Ho pergi tanpa menjawab. Kami menghela nafas lega. Alhamdulillah.
  
    Azan Asar baru sahaja selesai berkumandang. Awa mengajak kami bersolat secara bergilir. Tetapi, semuanya menggeleng. “ Kan last day ni. Takkanlah nak pergi gilir-gilir. Jomlah pergi sama-sama. Ye? Ye?,” Nad membatu api.

    Kami mengangguk. Akhirnya, Awa bersetuju dan bilik BOSS telah ditutup sementara. Selesai bersolat, kami semua bergegas ke bilik BOSS. Jam sudah menunjukkan pukul 5.45 petang. Selain takut disergah oleh Mrs.Ho lagi, kami juga ingin cepat-cepat mengemas barang kerana ingin bersalaman mengucapkan selamat tinggal kepada semua cikgu.

    Satu sekolah sudah kami jelajah. Meminta maaf dan mengucapkan selamat tinggal seumpama tidak akan berjumpa lagi. Tiada siapa tahu apa yang bakal berlaku bukan?  Selesai bersalaman, kami kembali ke bilik BOSS. Kami duduk membentuk bulatan, menghadap semua. Detiknya hampir tiba. Perpisahan. Shal akan meneruskan persekolahannya tahun hadapan di SMK Kompleks KLIA, Nilai, Negeri Sembilan. Tinggallah kami bersembilan di sini. Bukan sedih kerana terpaksa tinggal di sini tetapi, sedih kerana bakal berpisah mata dengan Shal. Persahabatan yang terbina sudah terlalu lama. Kasih sayang yang wujud sudah menggunung. Kami ibarat adik-beradik. Entah bila lagi kami dapat berkumpul begini.

    Aku mengambil kesempatan menatap Shal. Tahun depan, segalanya pasti berubah. Tiada lagi Shal untuk bergosip. Tiada lagi Shal untuk bergelak ria. Tiada lagi Shal untuk Taekwondo. Tiada lagi Shal.  Tanpa disedari, air mataku mengalir. “ Aku tak boleh tengok Shal. Aku rasa nak menangis. Aku tak boleh,” aku memecahkan kesunyian. Yang lain memandang. Masing-masing sudah mengesat air mata.

    “ Janganlah tengok aku weh,” Shal menjawab. Aku hanya mampu tersenyum dalam tangisan. Rasa kehilangan amat dirasai tika itu. “ Weh, ayuhla mengucapkan selamat tinggal, teman-teman. Dah nak loceng dah. Nanti tak sempat, jangan nyesal sudah,” Amal berkata-kata dalam sendu.

    “ Jangan lupa kitorang. Nanti, jangan lost contact. Kalau tukar nombor bagitau,” Ain berkata. Shal hanya mampu tersenyum. Tak tahu bagaimana untuk digambarkan kesedihan waktu itu. Bergilir-gilir kami memeluk Shal. Masing-masing berpesan itu dan ini.

    “ Shal, jangan lupa Lolichocque. Biar jauh mana kita terpisah, jauh mana kita terpaksa pergi, dalam hati kita sentiasa bersama. Biar jauh di mata, asal dekat di hati. Kitorang takkan lupakan kau,” aku berkata-kata dan tersenyum.

    “ Aku pun takkan pernah sesaat lupakan korang. Aku sayang korang. Bila-bila kalau aku balik sini, kita jumpa. Lepak sama-sama. Aku janji,” Shal pula berpesan. Biarpun dia tersedu-sedan kala itu, pesanan itu jelas kedengaran. Kami masih teresak-esak sendiri. Andai tadi kami memandang satu sama lain, kini semua berpaling dengan hasrat dapat cover muka kami menangis.

“ KRINGGGGGGGGGGG!!!,” loceng berbunyi nyaring.

3 minit lagi loceng kedua bakal berbunyi dan itulah saatnya.

“ KRINGGGGGGGGGGG!!!,” loceng kedua.

     “ Ini yang aku benci. Kalau loceng tu rosak, lambat sikit kita balik. Heheh,” Ain membuat lawak. Barangkali untuk mengurangkan rasa sedih kami semua. Kami tertawa dan berjalan menuju ke pintu pagar sekolah beriringan. Di luar pagar, ibu bapa masing-masing sudah tiba menunggu kami. Sekali lagi kami berpelukan. Menangis juga. Tidak dipedulikan mata-mata yang memandang. Adatlah perempuan menangis. Kalau itu pun mahu dihairankan, memang peliklah. Masing-masing melambai dan mengucapkan selamat tinggal. Bangunan SMK Convent yang menjadi saksi keakraban kami bersebelas menjadi saksi utama perpisahan petang itu. Berpisahlah mata kami berpuluh-puluh kilometer. Biarpun begitu, persahabatan itu tetap terpahat di hati.


    Keesokkan paginya, kami menerima 1 sms selamat tinggal daripada Shal.

“ sy MALAS, awk suruh RAJIN.
Sy NAKAL, awk MARAH.
Sy SENYUM, awk lagi la SENYUM.
Sweet sgt waktu tu.
Tp nanti kalau saya dah TIADA,
Jgn pulak awk ikut saya PERGI
Cuma DOA je dalam hati dan INGAT kat saya.
Dah cukup nilah persahabatan kita
Buat sy TENANG selamanya.
Awk jgn SEDIH.
Sy tak mahu air mata awk menitis.
Walaupun sebesar ZARAH”

Malangnya, air mata ku tak tertahan pagi itu. Jatuh juga akhirnya. Aku yakin, bukan hanya aku. Yang lain juga. Pasti menangis..


Seuntai kata buat Nur Shalihah Shariff :
* setiap pertemuan itu pasti berakhir dengan perpisahan. Yang pasti, pertemuan yang terjadi sememangnya sangat perlu dihargai. Persahabatan kita semua akan kekal sampai bila-bila. Cerita kita lah kenangan terindah kita. Sampai bila pun, cerita ini akan jadi kenangan paling indah untuk kita. *

Patung beruang disayang-sayang,
Kawan baik tempat bergebang;
Biar jauh kita terbang,
Sahabat itulah yang sentiasa akan dikenang.

-fuzzyrrama

Monday, December 28, 2009

Congratsssssssss!!

Results was out on last Thursday.
Hahah.
Lambatlah update.
Busy sket en. Korang updatelah blog ni.Aku susah sket nak handle 2 blogs skali.
Geggegege.

OKayyy. Back to the storyyy.

Lolichocque punya result, not bad. Most of us dapat straight. Alhamdulillah... :)

Tahniah tak terhingga kepada :

  • Farah Nissya Khairuddin
  • Azwa Kamarul Bahri
  • Nadiah Abdul Malek
  • Siti Nur Majdina Mohd Halidi
  • Nurul Amalina Abdul Rahman
  • Ezzny Zulaikha Othman

Ni je enn? Hahah. Yang lain, okay okay jugak. 6 to 3 A's. Adalah jugak A tu. Tahniah untuk semua. :)

Tak nak cakap pasal result dah.

Siapa nak keluar this week? Date due and location tak decide lagi. Aien ajak. Buat party sket. Hahahh. Reunion and meraikan kejayaan. Gegegeg. Dan untuk macam berjula joli sempena nak jadi student menengah atas ni. Aien cakap. Aku tak cakap. Heeeeee. :DD


Truthfully,
FAZIRAH NASER.

Thursday, December 3, 2009

ezzny zulaikha!




3 Disember 2009. Hari terlahirnya Ezzny Zulaikha Othman ke dunia. Walaupun beliau lahir jam 5 petang, tak mengapalah. Entri ini mungkin siap tengah malam besok kerana masih ada yang belum membalas pesanan ringkas daripada Fazirah. (sebenarnya, aku dah text loli crews utk wish ezny. tp dorg da tdow kot. probably, bsok baru dorg rep msg ak. heh. takpe takpe. spe rep msg ak dulu, ak taip nme dy dulu.)

so, ni antara ucapan hari jadi yang aku terima untuk kaww.

Yaw ezny, hehe. Just nak wish happy birthday kat kau ouh. finally , smpei jgk your 15th birthday kan. stelah lama menanti. haha. wish you a happy life there okay :) jgn noty noty tau. nty kita jpe ujong bulan 12. rndu korg semua ;) eh, syg kau tau ! <3 muahmuahmuah. happy birthday =)

nurul amalina abdul rahman

omg, ezzny zulaikha ddah tua.haha.rasa mcm br smlm nmpk ko lahir *cey melebih.happy birthday baby tua. moga menjalani kehidupan dgn lebih bahagia d smpg suami tercinta.eh org2 tercinte.hehe.slamat ulgtahun syg (:

farah nissya khairuddin

Ezzny, happy birthday =) may you have lucky fortune, lucky life and mr.lucky.muahh friend;

azwa m.kamarul bahri

Selamat hari jadi yang ke 15 tembam . sorry takde hadiah untuk kau.aku berada jauh di perantauan.ngahaha budget benarrrrr . hmp jage diri baik2 . 15 tahun bukan kecik agy . da bole jd bini org nyah. Haha k tatau na tulis ape lg ney , take care la yea . jgn nakal2 . mmuahhh mmuuaahhh I love youuuu .

nur shalihah mohd sharif

ezzny, happy birhday. semoga berbahagia di samping mereka yang tercinta.

nur ain mohd jasuri  

happy birthday 2 u ezzny zulaikha~! smoge hdop ko dberkati Allah dan dimurahkan rezeki.*ustazah kate tak boleh wish panjang umor* hahah. Slamat hari tua yg ke 15 yaw! Syg ko amat2 la weh.XDD

nadiah abd malek

ezzny, happy 15th birthdayyy! 

siti nur majdina mohd halidi

Api bufday 2 our belly bunct utk yg ke-15. Aku berharap dy dpt mguruskan sikit perut dy dan berubah perangai jd lmh lmbut.


nur durrah hayati abdul hadi


  ezzny, happy birthdayyyy! rindu kaw yawww. tak saba nak jumpa. heheh. takde hadiah. ni je aku mampu bagi dari segi kewangan dan tenaga. haha. weyy. ni kalo ko tak suka, buat buat suka jelahh. kekekx. aku berkorban siang dan malam buat ni. haha. autaaaa! sayang kaw. muahmuah.;PP 

nurul fazirah md naser




hope kaw suka. sebab ak tak terer lah buat video. first try ni. simple je wehh. guna movie maker. takde lak sony vegas ke apa kan. sayang kaw. kalau kau tak suka benda ni, buat buat suka lah. hahaha.xDD happy birthday!! 
 

Monday, November 9, 2009

backkkkkkk!


lolichocque is back. :)

our old blog is damaged. and this is a new one. credits to fazirah. :DD

yang menulis ialah fazirah. jadi, applause kepada diri sendiri. yeah! jam 1.42 pagi, fazirah masih di hadapan laptop bertungkus-lumus membina blog ini. sebenarnya, aku kena insomnia. tu laa melapangkan masa buat blog lolichocque.

lolichocque crew merupakan sebuah geng yang ditubuhkan untuk kita-kita je. haha.x) kami dah lama bersama cuma registered trademark tu, baru je lagi. tahun lepas baru daftar kat Jabatan Pendaftaran Negara. kekex.

sebelum ni, ada blog. tapi, dah lama tak update. lalu, ia rosak begitu saja macam fuzzyrrama. isk isk. :(

tak kisahlah. blog ni akan dihapdet oleh krew krew lolichocque. tapi, fazirah la nampaknya yang akan merajinkan diri. teeeeehehe. bangga lagi. insomnia buat aku bangga diri. LOL.



 
Blogger design by suckmylolly.com